Monday 28 September 2015

HOW TO IMPROVE SPOKEN ENGLISH

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 

For the past 5 years at USM, I found that most of the students always have problem when it comes to spoken English. So here I would like to share some tips to improve your spoken English.

1. You have to speak and speak and speak even it's broken English. Don't feel shy when you make mistakes! The more you practice the better and more confident you will become in your pronunciation and vocabulary.

2. When you are unsure of a word or a pronunciation of a word, utilize Google Translate (although sometimes you will realize funny translation). Translate and listen to the correct pronunciation by clicking on the audio button.

3. Practice to listen to news bulletins and some songs in English (pronunciation of words). You can also learn new words and expressions this way. The more you listen, the more you learn!

4. You should read out loud. Read the newspaper or a magazine out to yourself. Hearing yourself read will help you spot your mistakes in better way.

5. Learn a word a day. Choose a word you would like to work on and use practice it in different sentences. Use the word until you have learnt it and keep using it regularly.

6. Try to watch movies. Watch movies in English and pay attention to new vocabulary and pronunciation. Imitate the actors and have fun with it.

7. Try your very best to make friends with English speakers or others learning to speak English and compare notes. Talk about things that you have learnt and exchange ideas.

8. Please use a dictionary as much as you could. The dictionary has millions of words to choose from, Look up different words and their synonyms and alternate how and when you use them in sentences.

Please try and amazing results are waiting. Wish you guys all the best, May Allah ease everything, Amin..

Friday 25 September 2015

CARA MEMOHON MENJADI PENSYARAH UNIVERSITI

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Pertama sekali ingin saya tekankan di sini, pensyarah dan cikgu sangat-sangat berbeza. Pensyarah terlibat dalam pengajaran di universiti, kolej universiti, politeknik dan institut latihan. Tugas hakiki seorang pensyarah bukan hanya terikat dengan mengajar semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Pensyarah perlu terlibat dalam penyelidikan, meneribitkan buku, jurnal, laporan teknikal, seminar dan persidangan, terlibat dalam perundingan, terlibat dalam seminar, bengkel dan persidangan, menyelia dan memeriksa tesis pelajar prasiswazah dan pascasiswazah, terlibat dalam pentadbiran peringkat universiti, fakulti dan jabatan, terlibat dengan rekacipta, membuat jaringan tempatan dan antarabangsa, terlibat dengan khidmat masyarakat dan terlibat dan mengaggotai badan-badan professional.

Pensyarah tidak terikat dengan masa. Sesetengah universiti, pensyarah tidak perlu punch in dan punch out. Sesetengah universiti pula, pensyarah perlu punch in n out tetapi tidak terikat dengan masa. Bila-bila masa pun boleh. Dari segi cuti, cuti pensyarah sama dengan cuti penjawat awam yg lain. Maksudnya, ketika student sedang cuti, pensyarah bekerja seperti biasa di universiti (tiada cuti).
Setahu saya terdapat beberap saluran untuk memohon menjadi pensyarah seperti berikut:

1) Direct apply
i. Beberapa tahun lepas, apabila seseorang itu telah mempunyai Master, maka beliau sudah boleh memohon jawatan pensyarah.
ii. Namun pada masa skrg, hanya sesetengah institusi sahaja yang menawarkan jawatan pensyarah yang mempunyai Master
iii. Jika tak silap saya, antara institusi yang masih mengekalkan pemohon Master sebagai pensyarah adalah UiTM, politeknik dan juga institusi latihan.
iv. Namun demikian, setelah berkhidmat, pensyarah ini akan disarankan menyambung ke peringkat Doktor Falsafah (PhD)
v. Untuk IPTA pula, jika ingin menjadi seorang pensyarah, maka pemohon itu perlu mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
vi. Jika pensyarah hanya mempunyai Master, maka gred beliau adalah DS45/DG45. Pensyarah yang mempunyai PhD, maka gred beliau adalah DS51.

2) Skim Tenaga Pengajar Muda
i. Pihak UiTM ada menawarkan skim tenaga pengajar muda kepada yang berkelayakan.
ii. Ada yg menawarkan dari peringkat ijazah sarjana muda lagi dan ada juga yg menawarkan di peringkat Master.
iii. Pada kebiasaannya, seseorang yg mengambil skim ini, akan terikat kontrak selama 7 tahun bersama UiTM. Uitm akan memberi elaun bulanan, elaun buku dan yuran pengajian kepada calon yang berjaya.
iv. Sebagai tambahan, calon yg mengambil skim ini juga akan diminta bersedia utk berkhidmat, walaupun sedang bercuti.
v. Selain itu, calon juga akan diminta menyambung ke peringkat PhD, dan kontrak akan bertambah 7 tahun lagi menjadikannya selama 14 tahun. Calon ini juga boleh mengambil SLAB/SLAI.
vi. Apabila tamat pengajian, calon akan diminta berkhidmat di mana-mana cawangan UiTM seluruh Malaysia.

3) Skim Tutor/ Fellowship
i. Kebanyakan universiti di Malaysia ada menawarkan jawatan tutor/fellowship
ii. Untuk memohon skim ini, calon perlulah mempunyai CGPA sekurang-kurang 3.00 ke atas atau sebaiknya 3.50 ke atas (bergantung kepada syarat universiti)
iii. Sesudah dilantik sebagai tutor/ fellow, calon akan diberi elaun bulanan dan boleh juga apply SLAB/SLAI.
iv. Kadangkala calon juga akan diminta untuk menyambung pengajian, sama ada di dalam atau di luar negara. Ada sesetengah universiti yang meletakkan kontrak kepada fellow/ tutor. Ada juga yang tidak mempunyai kontrak.
v. Setelah habis pengajian peringkat Doktor Falsafah, ada sesetengah universiti yang meletakkan syarat, menerbitkan beberapa paper di journal berimpact factor sebagai syarat utk mendapat DS51. Dan ada juga universiti boleh terus ke DS51.

4) Skim Politeknik
i. Jika tak salah saya, politeknik juga sudah mula menghantar calon ke luar negara dan sesudah selesai akan pensyarah di politeknik.
ii. Kepada yang berminat, mungkin anda boleh bertanyakan sendiri perihal ini kepada pihak politeknik secara terus.