Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih
Pertama
sekali ingin saya tekankan di sini, pensyarah dan cikgu sangat-sangat berbeza. Pensyarah
terlibat dalam pengajaran di universiti, kolej universiti, politeknik dan
institut latihan. Tugas hakiki seorang pensyarah bukan hanya terikat dengan mengajar
semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Pensyarah perlu terlibat dalam
penyelidikan, meneribitkan buku, jurnal, laporan teknikal, seminar dan
persidangan, terlibat dalam perundingan, terlibat dalam seminar, bengkel dan
persidangan, menyelia dan memeriksa tesis pelajar prasiswazah dan
pascasiswazah, terlibat dalam pentadbiran peringkat universiti, fakulti dan
jabatan, terlibat dengan rekacipta, membuat jaringan tempatan dan antarabangsa,
terlibat dengan khidmat masyarakat dan terlibat dan mengaggotai badan-badan
professional.
Pensyarah tidak terikat dengan masa. Sesetengah
universiti, pensyarah tidak perlu punch in dan punch out. Sesetengah universiti
pula, pensyarah perlu punch in n out tetapi tidak terikat dengan masa. Bila-bila masa pun
boleh. Dari segi cuti, cuti pensyarah sama dengan cuti penjawat awam yg lain.
Maksudnya, ketika student sedang cuti, pensyarah bekerja seperti biasa di
universiti (tiada cuti).
Setahu saya terdapat beberap saluran untuk memohon
menjadi pensyarah seperti berikut:
1) Direct apply
i. Beberapa tahun lepas, apabila seseorang itu
telah mempunyai Master, maka beliau sudah boleh memohon jawatan pensyarah.
ii. Namun pada masa skrg, hanya sesetengah
institusi sahaja yang menawarkan jawatan pensyarah yang mempunyai Master
iii. Jika tak silap saya, antara institusi yang
masih mengekalkan pemohon Master sebagai pensyarah adalah UiTM, politeknik dan
juga institusi latihan.
iv. Namun demikian, setelah berkhidmat, pensyarah
ini akan disarankan menyambung ke peringkat Doktor Falsafah (PhD)
v. Untuk IPTA pula, jika ingin menjadi seorang
pensyarah, maka pemohon itu perlu mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
vi. Jika pensyarah hanya mempunyai Master, maka
gred beliau adalah DS45/DG45. Pensyarah yang mempunyai PhD, maka gred beliau
adalah DS51.
2) Skim Tenaga Pengajar Muda
i. Pihak UiTM ada menawarkan skim tenaga pengajar
muda kepada yang berkelayakan.
ii.
Ada yg
menawarkan dari peringkat ijazah sarjana muda lagi dan ada juga yg menawarkan
di peringkat Master.
iii.
Pada kebiasaannya, seseorang yg mengambil skim ini, akan terikat kontrak selama
7 tahun bersama UiTM. Uitm akan memberi elaun bulanan, elaun buku dan yuran
pengajian kepada calon yang berjaya.
iv.
Sebagai tambahan, calon yg mengambil skim ini juga akan diminta bersedia utk
berkhidmat, walaupun sedang bercuti.
v.
Selain itu, calon juga akan diminta menyambung ke peringkat PhD, dan kontrak
akan bertambah 7 tahun lagi menjadikannya selama 14 tahun. Calon ini juga boleh
mengambil SLAB/SLAI.
vi.
Apabila tamat pengajian, calon akan diminta berkhidmat di mana-mana cawangan
UiTM seluruh Malaysia .
3)
Skim Tutor/ Fellowship
i.
Kebanyakan universiti di Malaysia
ada menawarkan jawatan tutor/fellowship
ii.
Untuk memohon skim ini, calon perlulah mempunyai CGPA sekurang-kurang 3.00 ke
atas atau sebaiknya 3.50 ke atas (bergantung kepada syarat universiti)
iii.
Sesudah dilantik sebagai tutor/ fellow, calon akan diberi elaun bulanan dan
boleh juga apply SLAB/SLAI.
iv.
Kadangkala calon juga akan diminta untuk menyambung pengajian, sama ada di
dalam atau di luar negara. Ada
sesetengah universiti yang meletakkan kontrak kepada fellow/ tutor. Ada juga yang tidak mempunyai
kontrak.
v.
Setelah habis pengajian peringkat Doktor Falsafah, ada sesetengah universiti
yang meletakkan syarat, menerbitkan beberapa paper di journal berimpact factor
sebagai syarat utk mendapat DS51. Dan ada juga universiti boleh terus ke DS51.
4)
Skim Politeknik
i.
Jika tak salah saya, politeknik juga sudah mula menghantar calon ke luar negara
dan sesudah selesai akan pensyarah di politeknik.
ii. Kepada yang berminat, mungkin anda boleh
bertanyakan sendiri perihal ini kepada pihak politeknik secara terus.
If not volunteer work, you got your GPA, you studied your GMAT and passed, and now it's time to send out those applications. With those applications, though, comes the idea of showing off your skills through the MBA statement of purpose essay portion of your application. See more personal statement for pharmacology
ReplyDeleteDr saya nak tanya. Saya pelajar sekolah tingkatan 5. Saya mengambil subjek satera dan tambahan akaun, ekonomi dan ict. Dengan subjek yang ditawarkan oleh pihak sekolah ini mampukah saya meneruskan pelajaran untuk menjadi seorang pensyarah?
ReplyDeleteboleh.. Masuk universiti, belajar sampai Master, result kena cantik..
DeleteDr.saya ambil jurusan sains teknologi di sekolah menengah sekiranya saya mendapat keputusan yang baik apakah langkah yg boleh diambil untuk menjadi pensyarah .Tq Dr.
Deletesaya ingin bertanyakan, politeknik mana yang menawarkan skim tersebut?
ReplyDeletesaya sudah mau habis master saya....bolehkah saya menjadi pensyarah? macam mana ye?
ReplyDeleteSkrg ni nak jadi pensyarah mmg kena ada master je ye? Kalau stakat degree tak boleh ya?
ReplyDeletecikgu sekolah menengah sekarang kene pkai degree pling2 pun.. at least pointer 3.00 ke atas baru lepas.. SPM 6A ke atas.. subjek bidang wajib A+..pening kepala ambo ni.. hahahahaha
Deletesalam dr, saya nak tanya. Sekiranya saya seorang guru sekarang, masih ada laluan kah untuk saya menjadi pensyarah?
ReplyDeleteTerima kasih :)
salam Dr..apply direct maksudnye apply melalui bahagian sumber manusia atau melalui dekan faculty?proper tak kalau emailkan application sbg lecturer/tutor kpd dekan w/pun kita bukan former student/tak familiar dgn diorang?kalau takde pengalaman industry dlm bidang yg kita nak apply tu & dgn kelayakan master,ada peluang ke untuk diterima sbg pensyarah?thank you!
ReplyDeleteSaya pelajar phd, dah habis writting thesis, nak tunggu viva.. Tapi x leh viva dalam masa tersekat nie sbb kene tunggu paper publish dulu.. So, saya estimate saya ada 7@8bulan b4viva, saya x de master sbb dapt 1st class masa degree dulu n terus ditawarkan fast track.. Boleh kew nak mohon jawatan pensyarah? Mohon pencerahan
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteUmm Dr. saya nk jdi pensyarah. I have this kerja kena buat. So can i ask u a few question? Im a student at mrsm
Salam, saya bru saja habis belajar dlm bidg diploma in kulinari art, klu saya nk mohon utk jdi pensyarah di pusat kemahiran macam mana ye????
ReplyDeleteAwk bleh apply vto di ciast
DeleteAssalam.. saya pelajar form 5 dan ambil kelas sains kemanusiaan. Boleh ke kalau saya nak jadi pensyarah?
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya pljr stpm, blh kew kalau saya nak jadi pensyarah, dan apa syarat utk menjadi seorang pensyarah
ReplyDeleterah
Sy seorang guru.. br habis master.. mcm mn sy nk apply pensyarah di uitm @politeknik
ReplyDeletesalam. saya baru habiskan pelajaran dalam ijazah sarjana muda. bolehkah saya memohon menjadi pensyarah?
ReplyDeleteAssalam..saya belajar dalam bidang safety..Bachelour Occupational Safety and Heatlh Management. Lepas grad saya plan nak further utk master. Bolehkah saya apply utk jabatan pensyarah? Tq
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya pelajar lepasan STPM dan pointer saya 3.0 ke ats . Universiti mana yg boleh saya mohon untuk jadi pensyarah fine art? Mohon penjelasan dr. 😊
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya adalah master holder dari UTM. Lepas habis degree terus saya sambung master selama 3 sem. ALhamdulillah dapat habiskan master dalam target 3 sem tu. Passion saya ialah belajar dan mengajar, tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Habis belajar saya sempat hadir 2 interview, 1 sebagai pensyarah kolej swasta di KL dan satu lagi sebagai industri engineer di hometown saya. Memandangkan ibu saya lebih senang hati jika saya bekerja di hometown maka saya lupakan cita-cita dan impian saya sebagai pensyarah. Kini hampir 10 tahun dalam industri dari industri engineer, projek engineer dan sekarang saya sebagai QA Executive di syarikat kerajaan negeri Terengganu. Passion saya belajar dan mengajar masih lagi utuh dalam jiwa. Saya cuba mencari jawatan kosong sebagai pensyarah separuh masa namun agak sukar. Mungkin saya tak jumpa right channel. Bolehkah saya memohon secara terus pd IPT untuk memohon jawatan pensyarah walaupun tiada iklan jawatan kosong? permohonan direct kepada dekan atau pendaftar?
ReplyDeleteAssalamualaikum,dr. Sy bdak F5 and amik sc stream. Tp sy decide utk amik pyschology utk degree meanwhile after spm im deciding to take STPM instead of furthering in Diploma. So bleh ke klu sy amik STPM n smbung degree in Pyschology? Terima kseh sudi jawab ye, dr!
ReplyDeleteAssalamualaikum..nak tanye boleh ke kalo nak jdi pensyarah utk kos pendidikan awal kanak-kanak.. Sye degree
ReplyDeleteAssalamualaikum , Saya pelajar lepasan spm , Saya nk ambil stpm aliran sastera , bagaimana utk mnjd pensyarah bm ?
ReplyDeleteAslm , saya pelajar f5 . Saya amik aliran sains tulen . Saya fikir saya nk amik matriks lpastu sambung sampai master . Dengan cara ni , bleh tak saya nak jadu lecturer in english ? Ada tak cara ii nak jadi lecturer in english ?
ReplyDeleteassalammualaikum doktor saya merupakan lepasan spm.saya dalam perancangan nak sambung ke ipgm,seterusnya saya mahu melanjutkan pelajaran sampai master.boleh tak saya nak apply menjadi pensyarah?
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak tanya saya baru sahaja habis SPM memperolehi 2credit tetapi semuanya lulus dan berniat utk menyambung f6 bolehkah saya memohon menjadi lecturer jika results f6 saya bagus adakah ianya dilihat pada results f6 saya atau berdasarkan keputusan SPM saya
ReplyDeleteAssalamualaikum,saya merupakan lepasan SPM tetapi results saya hanya 2credit tetapi lulus ...saya dlm perancangan nk sambung f6 soalan saya utk menjadi lecturer adakah ianya dilihat pada results spm saya atau results f6 saya nnati ....
ReplyDeleteAssalamualaikum , saya seorang graduan degree in science computer . Saya patut sambung master pendidikan atau master in science untuk menjadi pensyarah?
ReplyDeleteSalam sejahtera, saya seorang graduan phd dalam bidang green Materials/Composite. Saya amat berminat untuk jadi pensyarah. Banyak universiti dan kolej sudah saya tanya dan hantar resume, semua tidak berjaya, kebanyakannya langsung tidak reply apa-apa. Saya berasa agak kecewa, ada apa-apa nasihat yang boleh Dr bagi kepada orang baru seperti saya ini?
ReplyDelete