Friday 25 September 2015

CARA MEMOHON MENJADI PENSYARAH UNIVERSITI

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Pertama sekali ingin saya tekankan di sini, pensyarah dan cikgu sangat-sangat berbeza. Pensyarah terlibat dalam pengajaran di universiti, kolej universiti, politeknik dan institut latihan. Tugas hakiki seorang pensyarah bukan hanya terikat dengan mengajar semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Pensyarah perlu terlibat dalam penyelidikan, meneribitkan buku, jurnal, laporan teknikal, seminar dan persidangan, terlibat dalam perundingan, terlibat dalam seminar, bengkel dan persidangan, menyelia dan memeriksa tesis pelajar prasiswazah dan pascasiswazah, terlibat dalam pentadbiran peringkat universiti, fakulti dan jabatan, terlibat dengan rekacipta, membuat jaringan tempatan dan antarabangsa, terlibat dengan khidmat masyarakat dan terlibat dan mengaggotai badan-badan professional.

Pensyarah tidak terikat dengan masa. Sesetengah universiti, pensyarah tidak perlu punch in dan punch out. Sesetengah universiti pula, pensyarah perlu punch in n out tetapi tidak terikat dengan masa. Bila-bila masa pun boleh. Dari segi cuti, cuti pensyarah sama dengan cuti penjawat awam yg lain. Maksudnya, ketika student sedang cuti, pensyarah bekerja seperti biasa di universiti (tiada cuti).
Setahu saya terdapat beberap saluran untuk memohon menjadi pensyarah seperti berikut:

1) Direct apply
i. Beberapa tahun lepas, apabila seseorang itu telah mempunyai Master, maka beliau sudah boleh memohon jawatan pensyarah.
ii. Namun pada masa skrg, hanya sesetengah institusi sahaja yang menawarkan jawatan pensyarah yang mempunyai Master
iii. Jika tak silap saya, antara institusi yang masih mengekalkan pemohon Master sebagai pensyarah adalah UiTM, politeknik dan juga institusi latihan.
iv. Namun demikian, setelah berkhidmat, pensyarah ini akan disarankan menyambung ke peringkat Doktor Falsafah (PhD)
v. Untuk IPTA pula, jika ingin menjadi seorang pensyarah, maka pemohon itu perlu mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
vi. Jika pensyarah hanya mempunyai Master, maka gred beliau adalah DS45/DG45. Pensyarah yang mempunyai PhD, maka gred beliau adalah DS51.

2) Skim Tenaga Pengajar Muda
i. Pihak UiTM ada menawarkan skim tenaga pengajar muda kepada yang berkelayakan.
ii. Ada yg menawarkan dari peringkat ijazah sarjana muda lagi dan ada juga yg menawarkan di peringkat Master.
iii. Pada kebiasaannya, seseorang yg mengambil skim ini, akan terikat kontrak selama 7 tahun bersama UiTM. Uitm akan memberi elaun bulanan, elaun buku dan yuran pengajian kepada calon yang berjaya.
iv. Sebagai tambahan, calon yg mengambil skim ini juga akan diminta bersedia utk berkhidmat, walaupun sedang bercuti.
v. Selain itu, calon juga akan diminta menyambung ke peringkat PhD, dan kontrak akan bertambah 7 tahun lagi menjadikannya selama 14 tahun. Calon ini juga boleh mengambil SLAB/SLAI.
vi. Apabila tamat pengajian, calon akan diminta berkhidmat di mana-mana cawangan UiTM seluruh Malaysia.

3) Skim Tutor/ Fellowship
i. Kebanyakan universiti di Malaysia ada menawarkan jawatan tutor/fellowship
ii. Untuk memohon skim ini, calon perlulah mempunyai CGPA sekurang-kurang 3.00 ke atas atau sebaiknya 3.50 ke atas (bergantung kepada syarat universiti)
iii. Sesudah dilantik sebagai tutor/ fellow, calon akan diberi elaun bulanan dan boleh juga apply SLAB/SLAI.
iv. Kadangkala calon juga akan diminta untuk menyambung pengajian, sama ada di dalam atau di luar negara. Ada sesetengah universiti yang meletakkan kontrak kepada fellow/ tutor. Ada juga yang tidak mempunyai kontrak.
v. Setelah habis pengajian peringkat Doktor Falsafah, ada sesetengah universiti yang meletakkan syarat, menerbitkan beberapa paper di journal berimpact factor sebagai syarat utk mendapat DS51. Dan ada juga universiti boleh terus ke DS51.

4) Skim Politeknik
i. Jika tak salah saya, politeknik juga sudah mula menghantar calon ke luar negara dan sesudah selesai akan pensyarah di politeknik.
ii. Kepada yang berminat, mungkin anda boleh bertanyakan sendiri perihal ini kepada pihak politeknik secara terus.

30 comments:

  1. If not volunteer work, you got your GPA, you studied your GMAT and passed, and now it's time to send out those applications. With those applications, though, comes the idea of showing off your skills through the MBA statement of purpose essay portion of your application. See more personal statement for pharmacology

    ReplyDelete
  2. Dr saya nak tanya. Saya pelajar sekolah tingkatan 5. Saya mengambil subjek satera dan tambahan akaun, ekonomi dan ict. Dengan subjek yang ditawarkan oleh pihak sekolah ini mampukah saya meneruskan pelajaran untuk menjadi seorang pensyarah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. Masuk universiti, belajar sampai Master, result kena cantik..

      Delete
    2. Dr.saya ambil jurusan sains teknologi di sekolah menengah sekiranya saya mendapat keputusan yang baik apakah langkah yg boleh diambil untuk menjadi pensyarah .Tq Dr.

      Delete
  3. saya ingin bertanyakan, politeknik mana yang menawarkan skim tersebut?

    ReplyDelete
  4. saya sudah mau habis master saya....bolehkah saya menjadi pensyarah? macam mana ye?

    ReplyDelete
  5. Skrg ni nak jadi pensyarah mmg kena ada master je ye? Kalau stakat degree tak boleh ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu sekolah menengah sekarang kene pkai degree pling2 pun.. at least pointer 3.00 ke atas baru lepas.. SPM 6A ke atas.. subjek bidang wajib A+..pening kepala ambo ni.. hahahahaha

      Delete
  6. salam dr, saya nak tanya. Sekiranya saya seorang guru sekarang, masih ada laluan kah untuk saya menjadi pensyarah?
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. salam Dr..apply direct maksudnye apply melalui bahagian sumber manusia atau melalui dekan faculty?proper tak kalau emailkan application sbg lecturer/tutor kpd dekan w/pun kita bukan former student/tak familiar dgn diorang?kalau takde pengalaman industry dlm bidang yg kita nak apply tu & dgn kelayakan master,ada peluang ke untuk diterima sbg pensyarah?thank you!

    ReplyDelete
  8. Saya pelajar phd, dah habis writting thesis, nak tunggu viva.. Tapi x leh viva dalam masa tersekat nie sbb kene tunggu paper publish dulu.. So, saya estimate saya ada 7@8bulan b4viva, saya x de master sbb dapt 1st class masa degree dulu n terus ditawarkan fast track.. Boleh kew nak mohon jawatan pensyarah? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.
    Umm Dr. saya nk jdi pensyarah. I have this kerja kena buat. So can i ask u a few question? Im a student at mrsm

    ReplyDelete
  10. Salam, saya bru saja habis belajar dlm bidg diploma in kulinari art, klu saya nk mohon utk jdi pensyarah di pusat kemahiran macam mana ye????

    ReplyDelete
  11. Assalam.. saya pelajar form 5 dan ambil kelas sains kemanusiaan. Boleh ke kalau saya nak jadi pensyarah?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, saya pljr stpm, blh kew kalau saya nak jadi pensyarah, dan apa syarat utk menjadi seorang pensyarah

    rah

    ReplyDelete
  13. Sy seorang guru.. br habis master.. mcm mn sy nk apply pensyarah di uitm @politeknik

    ReplyDelete
  14. salam. saya baru habiskan pelajaran dalam ijazah sarjana muda. bolehkah saya memohon menjadi pensyarah?

    ReplyDelete
  15. Assalam..saya belajar dalam bidang safety..Bachelour Occupational Safety and Heatlh Management. Lepas grad saya plan nak further utk master. Bolehkah saya apply utk jabatan pensyarah? Tq

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, saya pelajar lepasan STPM dan pointer saya 3.0 ke ats . Universiti mana yg boleh saya mohon untuk jadi pensyarah fine art? Mohon penjelasan dr. 😊

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Saya adalah master holder dari UTM. Lepas habis degree terus saya sambung master selama 3 sem. ALhamdulillah dapat habiskan master dalam target 3 sem tu. Passion saya ialah belajar dan mengajar, tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Habis belajar saya sempat hadir 2 interview, 1 sebagai pensyarah kolej swasta di KL dan satu lagi sebagai industri engineer di hometown saya. Memandangkan ibu saya lebih senang hati jika saya bekerja di hometown maka saya lupakan cita-cita dan impian saya sebagai pensyarah. Kini hampir 10 tahun dalam industri dari industri engineer, projek engineer dan sekarang saya sebagai QA Executive di syarikat kerajaan negeri Terengganu. Passion saya belajar dan mengajar masih lagi utuh dalam jiwa. Saya cuba mencari jawatan kosong sebagai pensyarah separuh masa namun agak sukar. Mungkin saya tak jumpa right channel. Bolehkah saya memohon secara terus pd IPT untuk memohon jawatan pensyarah walaupun tiada iklan jawatan kosong? permohonan direct kepada dekan atau pendaftar?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,dr. Sy bdak F5 and amik sc stream. Tp sy decide utk amik pyschology utk degree meanwhile after spm im deciding to take STPM instead of furthering in Diploma. So bleh ke klu sy amik STPM n smbung degree in Pyschology? Terima kseh sudi jawab ye, dr!

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum..nak tanye boleh ke kalo nak jdi pensyarah utk kos pendidikan awal kanak-kanak.. Sye degree

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum , Saya pelajar lepasan spm , Saya nk ambil stpm aliran sastera , bagaimana utk mnjd pensyarah bm ?

    ReplyDelete
  21. Aslm , saya pelajar f5 . Saya amik aliran sains tulen . Saya fikir saya nk amik matriks lpastu sambung sampai master . Dengan cara ni , bleh tak saya nak jadu lecturer in english ? Ada tak cara ii nak jadi lecturer in english ?

    ReplyDelete
  22. assalammualaikum doktor saya merupakan lepasan spm.saya dalam perancangan nak sambung ke ipgm,seterusnya saya mahu melanjutkan pelajaran sampai master.boleh tak saya nak apply menjadi pensyarah?

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum, saya nak tanya saya baru sahaja habis SPM memperolehi 2credit tetapi semuanya lulus dan berniat utk menyambung f6 bolehkah saya memohon menjadi lecturer jika results f6 saya bagus adakah ianya dilihat pada results f6 saya atau berdasarkan keputusan SPM saya

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum,saya merupakan lepasan SPM tetapi results saya hanya 2credit tetapi lulus ...saya dlm perancangan nk sambung f6 soalan saya utk menjadi lecturer adakah ianya dilihat pada results spm saya atau results f6 saya nnati ....

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum , saya seorang graduan degree in science computer . Saya patut sambung master pendidikan atau master in science untuk menjadi pensyarah?

    ReplyDelete
  26. Salam sejahtera, saya seorang graduan phd dalam bidang green Materials/Composite. Saya amat berminat untuk jadi pensyarah. Banyak universiti dan kolej sudah saya tanya dan hantar resume, semua tidak berjaya, kebanyakannya langsung tidak reply apa-apa. Saya berasa agak kecewa, ada apa-apa nasihat yang boleh Dr bagi kepada orang baru seperti saya ini?

    ReplyDelete